Thursday 28 February 2013

.:: Baucer Buku 1Malaysia ::.

Salam..Hye..Hello....

Tersangatlah lamanya aku tak update blog..hiks.! Bukan nak kata apalah, tapi aku ni kalau nak update memang ambil masa yg SANGAT lama.hahahaha. Sebab aku ni bukan jenis spontaneous jadi memang kena perah otak lebih jikalau nak update blog.

Okaii....berbalik kepada tajuk.hikhok. Ya. Memang semua IPT nampakynya dah dapat siap dah berjimba siap dah habis dah baucar buku diorang. Yang kami di Prauniversiti di salah sebuah sekolah di daerah Sepang ni tak dapat lagi.... Sigh.! Padahal dah plan cantik2 dah nak membeli bahan bacaan. Baucar nya memang dah dapat ke sekolah tapi belum di edarkan ke kami je. Aku harap tak di edar hari ni lah sebab aku tak datang.hiks.!

Sebaiknya memang baucar tu digunakan untuk membeli bahan2 yang membantu pengajian kita. Contoh macam Pra-U ni bolehlah guna baucar tu untuk beli buku2 Sem 3. Ohhh noooo.!! Aku dah ada perancangan sendiri apa buku yang aku nak beli.hiks.! Buku Sem 3 mungkin takkan habis RM100. So, lagi RM150 tu ayuhlah kita membeli Lawak Kampus dan novel.! Yaiyyy.!!!!! Happy me.!

Terima kasih banyaks kepada pihak yang menghulurkan bantuan BB1M itu kerana ianya tersangatlah membantu meringankan beban kewangan mak abah saya. ;)









p/s : Lawak Kampus mampu mengurangkan stress.! #Keith

Sunday 27 January 2013

.:: Bilamana Form 6 Terasa Susah ::.

Salam..Hye..Hello....

Okaii....nampaknya niat hati nak update blog seminggu sekurang-kurangnya sekali adalah propaganda semata-mata..haha.

Seriously, aku sangat2 sibuk dengan segala kerja. Ya. Disinilah bilamana Form 6 terasa sangat susah. Bukan nak kata apa lah..aku paham. Bebudak U, the real U, lagi super duper sibuk daripada kitorang. Tapi percayalah.!!! Dalam satu hari tu assume lah aku belajar 4 subjek. Then, setiap subjek tu dianugerahkan kerja sebeban. Total, 4 beban yang nak kena dilangsaikan dalam masa SATU MALAM. hah.! Cerita sikit tang mana yang orang kata Form 6 ni senang.??

Yang senang tu sebab cikgu suap segala latihan bagai.. Tu je.
Kadang-kadang tu terasa nak berhenti sekolah..tapi memikirkan masa depan, ok. Kalau saja abah aku ni jenis yang kaya royan, dah lama aku berhenti bak ang.!! Aku belajar dengan niat nak jadi manusia jenis educated. Jenis yang dapat keje gaji sedap. Pastu niat lagi kalau gaji sedap tu, boleh lah hulur kat mak abah 2-300. Eh.! Bagi kami tu kira dah banyak tahu tak...

Pesan aku, belajar lah selagi korang masih fikir pasal masa depan. Target untuk dapat score yang sedap2. Jangan jadi macam aku ni, trial STPM pon dah gagal. Apa mau jadi.????!! Ya. Aku sangat2 percaya pada keajaiban doa..Bilamana Allah perkenankan, aku akan dapat apa yang aku nak tapi jangan riak kalau dah dapat. Say Alhamdulillah. Still,Form 6 lagi senang daripada yg setaraf dengannya.









p/s: ilmu, iman, amal. InsyaAllah hidup senang.! aim aku ni