Wednesday 5 December 2012

.:: Halloween ::.


Salam...

Ok....aku tak sambut halloween tapi aku suka halloween sebab suasana "spooky" dia..hehe. Warna warni hari halloween pun aku rasa sangat menarik...!

































p/s: wordless wednesday.??

Monday 3 December 2012

.:: Saya Pelajar PraUniversiti Bawah ::.

Salam...

Ok...aku tahu ni entri aku yang ke-3 untuk hari ini,,huahahahahaha.!!!
Sebenarnya aku tengah berusaha memanfaatkan kesempatan yang dah datang tergolek depan mata.
Sebab aku rasa nanti bila aku dah masuk sekolah balik, memang lah aku update blog ni 3 tahun sekali.!

Ok..entri ni aku nak kongsi lah perasaan dan pengalaman aku yang dah (Jun-November) 6 bulan jadik pelajar PraUniversiti Bawah.
Sebagai satu pengetahuan anda, aku ni jenis manusia yang lambat matang.
Masa SPM, masing2 sibuk apply sana sini sementara aku buat tak tahu je.
Aku sebenarnya tak bersedia nak berjauhan dengan keluarga. Masa dapat panggilan Khidmat Negara pun aku dah redha je lah...daripada kena buat khidmat masyarakat+jail.
So, bila masing2 dah dapat jawapan daripada apa yang diorang apply, aku pun menyemak nama kot2 dapat Tingkatan 6. Yes.! Memey dapat pong.!

Sebagai informasi, tingkatan 6 ni dah tukar sistem dan nama dia sekali.! Bukan TINGKATAN 6 lagi dah.!
Dah jadi KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI a.k.a. PRAUNIVERSITI. Best nye Pra-U ni sebab masih tinggal bawah ketiak mak bapak.ngahahaha.!!! Pastu, TIDAK ADA YURAN macam budak sekolah lain. Tapi masih kena bayar yuran MUET (Malaysian University English Test). Ye lah, walaupun kena pakai baju sekolah lagi, tapi dari segi pembiayaan tu, taklah semahal pegi IPT atau Matrikulasi atau Politeknik dan yang sewaktu dengannya.

Tentang sistemnya pulak...ada exam  setiap penggal. Memang sebijik lah dah macam budak2 universiti.
So, tidak ada lagi istilah FORM SIX NI SUSAH.!!! Sebab bila dah lepas satu Sem, kita go on dengan pelajaran baru tanpa perlu memikirkan pelajaran di Sem 1 dulu.!

Kami pun diberi pendedahan dan peluang untuk admin majlis2 seperti sambutan Hari Guru dan Hari Sukan.
Jadi, tak ada dah istilah FORM SIX NI SAMA JE MACAM BUDAK SEKOLAH LAIN. Yes.! Kami ada banyak imuniti yang hanya diketahui oleh mereka yang bergelar PELAJAR PRAUNIVERSITI.!












p/s: belajar kat mana2 pun sama sahaja. yang penting, cara otak kita nak adapt.! =)

.:: Cara Cari Kod Iklan Nuffnang ::.

Salam...

Ok...entri ini memang aku buat khas untuk newbies macam aku..
Sebab aku pun terkial2 masa first2 nak letak iklan nuffnang ni...
Di sini, aku letakkan link ke blog yang aku belajar cara nak cari kod terbabit..
Agak2 yang betul2 baru sangat nak berblogging tu, tutorial dia sangat2 mudah..
Sila ikut dengan penuh ketabahan dan ketelitian..

Cara Nak Cari Kod Iklan Nuffnang














p/s: sayang awak semua.!

.:: Blogging ::.

Salam...

Aku rasa, blog bukanlah benda asing lagi kat Malaysia ni..
Budak2 kecik pon dah ada blog sendiri walaupun blog tu diorang cuma guna untuk luahkan perasaan dan berkongsi pengalaman hidup diorang.
Sekali lagi, aku bercakap sebagai seorang 'budak' 18 tahun yg tak matang lagi...hehe..

Pada aku, aku hanya mampu update blog bila aku betul2 ada masa yang saaaaangat panjang.
Bukan apa, aku ni kalau update blog mau makan masa berejam2 jugak lah.
Sebab aku pun bukan profesional...nak menaip pon terkedek.!
Aku blogging pun sebab...emm...aku nak share apa yang aku rasa dan apa yang aku tahu.

Kadang2, aku perasan jugak yang aku guna blog sebagai aku punya external hard disk driver...kehkehkeh.!
Sebab bila aku baca balik blog aku, nanti aku akan ingat semula memori2 dahulu..
Memang buan sekarang... tunggulah dalam 5,6 tahun lagi.......entah masa tu aku masih bernyawa entah tak.












p/s: yes, external hard disk driver.!

.:: What You Give, You Get Back ::.

Salam...

Entri ni aku nak cakap pasal "what you give, you get back".
Aku bercakap sebagai seorang pelajar 18 tahun yang tak matang lagi nih..haha.
Permission to speak freely.

Ok..ada orang yang mempersoalkan kenapa "apa yang kita buat, kita akan dapat semula".
Aku dah lama dengar quote ni..tapi masa tu aku masih budak2 lagi (sekarang pon).
Jadi, aku tak perasan lah betapa quote itu adalah BENAR.!

Tak kisahlah kalau kita buat baik atau buat jahat sekalipun, kita akan dapat balik.
For instance, kita sakitkan hati A. Takde angin, takde ribut, tiba2 B pulak buat kita sakit hati.
Nampak tak.? Kita sakitkan hati orang, satu masa nanti orang akan sakitkan hati kita balik.
Jadi, jagalah hubungan sesama manusia... =)

Quote ni best bila kita apply pada pembelajaran kita.
Berapa banyak usaha kita, itulah kejayaan yang akan kita dapat.
The power of words.!

Video Kindness Boomerang sedikit sebanyak mengajar kita memahami erti "what you give, you get back".
Walaupun kita buat baik kat C, kebaikan tu tak semestinya dibalas oleh C.











p/s: percalah pada pemilik nyawa kita.

Sunday 2 December 2012

.:: Newbie ::.

Salam...

Ini blog aku yang baru sebab aku rasa blog lama aku tu sangat merapu, tak matang, serabut, dan (urghh!).....
Apa-apa je lah.!
Aku pun rasa malu nak baca blog lama aku tu...sangat2 tak matang.
Selamat berkenalan peeps.! =)