Monday 3 December 2012

.:: Saya Pelajar PraUniversiti Bawah ::.

Salam...

Ok...aku tahu ni entri aku yang ke-3 untuk hari ini,,huahahahahaha.!!!
Sebenarnya aku tengah berusaha memanfaatkan kesempatan yang dah datang tergolek depan mata.
Sebab aku rasa nanti bila aku dah masuk sekolah balik, memang lah aku update blog ni 3 tahun sekali.!

Ok..entri ni aku nak kongsi lah perasaan dan pengalaman aku yang dah (Jun-November) 6 bulan jadik pelajar PraUniversiti Bawah.
Sebagai satu pengetahuan anda, aku ni jenis manusia yang lambat matang.
Masa SPM, masing2 sibuk apply sana sini sementara aku buat tak tahu je.
Aku sebenarnya tak bersedia nak berjauhan dengan keluarga. Masa dapat panggilan Khidmat Negara pun aku dah redha je lah...daripada kena buat khidmat masyarakat+jail.
So, bila masing2 dah dapat jawapan daripada apa yang diorang apply, aku pun menyemak nama kot2 dapat Tingkatan 6. Yes.! Memey dapat pong.!

Sebagai informasi, tingkatan 6 ni dah tukar sistem dan nama dia sekali.! Bukan TINGKATAN 6 lagi dah.!
Dah jadi KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI a.k.a. PRAUNIVERSITI. Best nye Pra-U ni sebab masih tinggal bawah ketiak mak bapak.ngahahaha.!!! Pastu, TIDAK ADA YURAN macam budak sekolah lain. Tapi masih kena bayar yuran MUET (Malaysian University English Test). Ye lah, walaupun kena pakai baju sekolah lagi, tapi dari segi pembiayaan tu, taklah semahal pegi IPT atau Matrikulasi atau Politeknik dan yang sewaktu dengannya.

Tentang sistemnya pulak...ada exam  setiap penggal. Memang sebijik lah dah macam budak2 universiti.
So, tidak ada lagi istilah FORM SIX NI SUSAH.!!! Sebab bila dah lepas satu Sem, kita go on dengan pelajaran baru tanpa perlu memikirkan pelajaran di Sem 1 dulu.!

Kami pun diberi pendedahan dan peluang untuk admin majlis2 seperti sambutan Hari Guru dan Hari Sukan.
Jadi, tak ada dah istilah FORM SIX NI SAMA JE MACAM BUDAK SEKOLAH LAIN. Yes.! Kami ada banyak imuniti yang hanya diketahui oleh mereka yang bergelar PELAJAR PRAUNIVERSITI.!












p/s: belajar kat mana2 pun sama sahaja. yang penting, cara otak kita nak adapt.! =)

No comments:

Post a Comment