Sunday 23 February 2014

.:: Dari Semester 1 ::.

*bersihkan sawang*
*mop mana yang patut*

Bukan nak kata apalah tapi aku ni memang jenis perempuan yang lelaki tak berkenan nak have a crush on pun.. Aku kasar. Tone suara tinggi melangit. Mata besar. Gemuk. Aishh senang cerita tak menarik ah.

Aku ni sejenis yang tak reti nak make friends dengan lelaki. Semua takat-takat rakan sekelas yang bertegur dan bersapa setahun tu dalam dua kali lah on average. Bila masuk Form 6, haih cara mingle dah tak sama macam sekolah menengah....mingle kita ni dah macam budak tadika sesuka nak tegur orang, sesuka nak berkasar. Bond tu macam rapat ah.

Kisahnya aku ni ada lah kenal seorang lelaki masa mula masuk tingkatan 6. Aku tak berapa jelas hari keberapa tapi ianya adalah pada hari kelas kami dapat jadual waktu. And he wrote back the timetable on the whiteboard. I know him then. Yes it is the first semester of our form six. I started to like him. Perasaan biasa lah. Kawan baru. Walaupun tak pernah tegur dan sapa.

Naik semester 2, a good friend of mine bagitahu yg dia suka ke orang yang aku pernah ada sudden crush masa semester 1. Easy come, easy go lah kan....so sudden. Jadinya macam semester 2 tu waktu good friend ni selalu di usik lah macam ''Jangan kacau ***** nanti ***** marah..hahaha". And that thing goes on for almost the entire 2nd semester sampai lah good friend ni suka ke orang lain.... In the meanwhile, aku crush pulak ke orang sebelah si lelaki yg good friend ni suka. Aku macam crush ke dia sebab aku ni jenis taknak lah caras kawan baik punya. Sudden crush aku ni baik. Sangat. Entah bila dia tak suka orang. Semua orang dibuat baik. Ku akui, dua2 lelaki yg menggugat naluri keperempuanan aku ni tak menarik tapi baik. Serius. Tapi satu hari tu aku TERkasi tau sudden crush aku ni yg aku suka ke dia. BESOKNYA dia kasi hint yg dia dah ada someone special. Walaupun tak directly ke aku tapi aku tahu. To be honest, aku sangat terguris dengan cara dia nak bagitahu dia dah ada someone special tu. Bila aku tahu, sudden crush tu suddenly disappear...........babai ex crush.

Bila semester 3 pulak aku tak berapa nak sedar pulak bilanya aku mula had a crush on this guy. Back to 1st semester memory. Bila aku selalu curi tengok dia. Bila aku rasa something bila tengok dia rapat dengan good friend yang duduk row belakang dalam kelas. Tak tahu lah. Orang kata makin lama dipendam perasaan crush itu makin jatuh hati ke dia. Dia yang tak pernah marah. Dia yang memiliki senyuman yang menawan. Dia yang rajin buat homework. Well, orang kata kalau dah suka tu, kentut pun wangi. Perasaan tu, bilamana hari yang dia tak datang tu aku rasa macam nak balik. Pointless datang sekolah. Perasaan tu, bila berborak dua saat pun rasa dunia ni cuma ada aku dan dia. Perasaan tu, bila nak berborak rasa nak senyum memanjang. Perasaan tu bila dia sakit rasa nak cakap kat dia 'pergi lah klinik' 'dah makan ubat belum' 'kalau sakit janganlah datang sekolah'. Phrases yang tak pernah terucap ke mana-mana classmate. Perasaan tu bila nak selalu nampak dia depan mata. Sampai satu hari tu aku rasa macam nervous breakdown. Gloomy. Duduk senyap dalam bilik sorang-sorang. Perasaan tu bila aku relakan dia berkasih dengan orang yang dia suka. Perasaan ni, aku akan pastikan yang dia takkan tahu sebab aku nak dia miliki perempuan yang terbaik.

























p/s : He's second to none.

Thursday 28 February 2013

.:: Baucer Buku 1Malaysia ::.

Salam..Hye..Hello....

Tersangatlah lamanya aku tak update blog..hiks.! Bukan nak kata apalah, tapi aku ni kalau nak update memang ambil masa yg SANGAT lama.hahahaha. Sebab aku ni bukan jenis spontaneous jadi memang kena perah otak lebih jikalau nak update blog.

Okaii....berbalik kepada tajuk.hikhok. Ya. Memang semua IPT nampakynya dah dapat siap dah berjimba siap dah habis dah baucar buku diorang. Yang kami di Prauniversiti di salah sebuah sekolah di daerah Sepang ni tak dapat lagi.... Sigh.! Padahal dah plan cantik2 dah nak membeli bahan bacaan. Baucar nya memang dah dapat ke sekolah tapi belum di edarkan ke kami je. Aku harap tak di edar hari ni lah sebab aku tak datang.hiks.!

Sebaiknya memang baucar tu digunakan untuk membeli bahan2 yang membantu pengajian kita. Contoh macam Pra-U ni bolehlah guna baucar tu untuk beli buku2 Sem 3. Ohhh noooo.!! Aku dah ada perancangan sendiri apa buku yang aku nak beli.hiks.! Buku Sem 3 mungkin takkan habis RM100. So, lagi RM150 tu ayuhlah kita membeli Lawak Kampus dan novel.! Yaiyyy.!!!!! Happy me.!

Terima kasih banyaks kepada pihak yang menghulurkan bantuan BB1M itu kerana ianya tersangatlah membantu meringankan beban kewangan mak abah saya. ;)









p/s : Lawak Kampus mampu mengurangkan stress.! #Keith

Sunday 27 January 2013

.:: Bilamana Form 6 Terasa Susah ::.

Salam..Hye..Hello....

Okaii....nampaknya niat hati nak update blog seminggu sekurang-kurangnya sekali adalah propaganda semata-mata..haha.

Seriously, aku sangat2 sibuk dengan segala kerja. Ya. Disinilah bilamana Form 6 terasa sangat susah. Bukan nak kata apa lah..aku paham. Bebudak U, the real U, lagi super duper sibuk daripada kitorang. Tapi percayalah.!!! Dalam satu hari tu assume lah aku belajar 4 subjek. Then, setiap subjek tu dianugerahkan kerja sebeban. Total, 4 beban yang nak kena dilangsaikan dalam masa SATU MALAM. hah.! Cerita sikit tang mana yang orang kata Form 6 ni senang.??

Yang senang tu sebab cikgu suap segala latihan bagai.. Tu je.
Kadang-kadang tu terasa nak berhenti sekolah..tapi memikirkan masa depan, ok. Kalau saja abah aku ni jenis yang kaya royan, dah lama aku berhenti bak ang.!! Aku belajar dengan niat nak jadi manusia jenis educated. Jenis yang dapat keje gaji sedap. Pastu niat lagi kalau gaji sedap tu, boleh lah hulur kat mak abah 2-300. Eh.! Bagi kami tu kira dah banyak tahu tak...

Pesan aku, belajar lah selagi korang masih fikir pasal masa depan. Target untuk dapat score yang sedap2. Jangan jadi macam aku ni, trial STPM pon dah gagal. Apa mau jadi.????!! Ya. Aku sangat2 percaya pada keajaiban doa..Bilamana Allah perkenankan, aku akan dapat apa yang aku nak tapi jangan riak kalau dah dapat. Say Alhamdulillah. Still,Form 6 lagi senang daripada yg setaraf dengannya.









p/s: ilmu, iman, amal. InsyaAllah hidup senang.! aim aku ni

Wednesday 5 December 2012

.:: Halloween ::.


Salam...

Ok....aku tak sambut halloween tapi aku suka halloween sebab suasana "spooky" dia..hehe. Warna warni hari halloween pun aku rasa sangat menarik...!

































p/s: wordless wednesday.??

Monday 3 December 2012

.:: Saya Pelajar PraUniversiti Bawah ::.

Salam...

Ok...aku tahu ni entri aku yang ke-3 untuk hari ini,,huahahahahaha.!!!
Sebenarnya aku tengah berusaha memanfaatkan kesempatan yang dah datang tergolek depan mata.
Sebab aku rasa nanti bila aku dah masuk sekolah balik, memang lah aku update blog ni 3 tahun sekali.!

Ok..entri ni aku nak kongsi lah perasaan dan pengalaman aku yang dah (Jun-November) 6 bulan jadik pelajar PraUniversiti Bawah.
Sebagai satu pengetahuan anda, aku ni jenis manusia yang lambat matang.
Masa SPM, masing2 sibuk apply sana sini sementara aku buat tak tahu je.
Aku sebenarnya tak bersedia nak berjauhan dengan keluarga. Masa dapat panggilan Khidmat Negara pun aku dah redha je lah...daripada kena buat khidmat masyarakat+jail.
So, bila masing2 dah dapat jawapan daripada apa yang diorang apply, aku pun menyemak nama kot2 dapat Tingkatan 6. Yes.! Memey dapat pong.!

Sebagai informasi, tingkatan 6 ni dah tukar sistem dan nama dia sekali.! Bukan TINGKATAN 6 lagi dah.!
Dah jadi KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI a.k.a. PRAUNIVERSITI. Best nye Pra-U ni sebab masih tinggal bawah ketiak mak bapak.ngahahaha.!!! Pastu, TIDAK ADA YURAN macam budak sekolah lain. Tapi masih kena bayar yuran MUET (Malaysian University English Test). Ye lah, walaupun kena pakai baju sekolah lagi, tapi dari segi pembiayaan tu, taklah semahal pegi IPT atau Matrikulasi atau Politeknik dan yang sewaktu dengannya.

Tentang sistemnya pulak...ada exam  setiap penggal. Memang sebijik lah dah macam budak2 universiti.
So, tidak ada lagi istilah FORM SIX NI SUSAH.!!! Sebab bila dah lepas satu Sem, kita go on dengan pelajaran baru tanpa perlu memikirkan pelajaran di Sem 1 dulu.!

Kami pun diberi pendedahan dan peluang untuk admin majlis2 seperti sambutan Hari Guru dan Hari Sukan.
Jadi, tak ada dah istilah FORM SIX NI SAMA JE MACAM BUDAK SEKOLAH LAIN. Yes.! Kami ada banyak imuniti yang hanya diketahui oleh mereka yang bergelar PELAJAR PRAUNIVERSITI.!












p/s: belajar kat mana2 pun sama sahaja. yang penting, cara otak kita nak adapt.! =)

.:: Cara Cari Kod Iklan Nuffnang ::.

Salam...

Ok...entri ini memang aku buat khas untuk newbies macam aku..
Sebab aku pun terkial2 masa first2 nak letak iklan nuffnang ni...
Di sini, aku letakkan link ke blog yang aku belajar cara nak cari kod terbabit..
Agak2 yang betul2 baru sangat nak berblogging tu, tutorial dia sangat2 mudah..
Sila ikut dengan penuh ketabahan dan ketelitian..

Cara Nak Cari Kod Iklan Nuffnang














p/s: sayang awak semua.!

.:: Blogging ::.

Salam...

Aku rasa, blog bukanlah benda asing lagi kat Malaysia ni..
Budak2 kecik pon dah ada blog sendiri walaupun blog tu diorang cuma guna untuk luahkan perasaan dan berkongsi pengalaman hidup diorang.
Sekali lagi, aku bercakap sebagai seorang 'budak' 18 tahun yg tak matang lagi...hehe..

Pada aku, aku hanya mampu update blog bila aku betul2 ada masa yang saaaaangat panjang.
Bukan apa, aku ni kalau update blog mau makan masa berejam2 jugak lah.
Sebab aku pun bukan profesional...nak menaip pon terkedek.!
Aku blogging pun sebab...emm...aku nak share apa yang aku rasa dan apa yang aku tahu.

Kadang2, aku perasan jugak yang aku guna blog sebagai aku punya external hard disk driver...kehkehkeh.!
Sebab bila aku baca balik blog aku, nanti aku akan ingat semula memori2 dahulu..
Memang buan sekarang... tunggulah dalam 5,6 tahun lagi.......entah masa tu aku masih bernyawa entah tak.












p/s: yes, external hard disk driver.!